Jadi Mualaf Pada Umur 8 Tahun, Kanak-Kanak Ini Malah Sudah Pandai Mengaji Dan Solat Sebelum Memeluk Islam


Kepercayaan anak-anak biasanya menurun daripada ibu bapa, lebih-lebih lagi jikan anak-anak masih lagi di bawah umur.
Tapi, apa yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ini sangat berbeza. Pada usia semuda ini, dia membuat satu perubahan besar terhadap diri dan hidupnya, iaitu menjadi seorang mualaf.
Betapa beruntungnya seorang manusia yang memeluk agama Allah ta’aala, yaitu Al-Islam. Sebab semenjak ia masuk Islam maka semua perbuatan yang ia lakukan mulai mendapat perhitungan serta ganjaran kebaikan di sisi Allah ta’aala.
Ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya alasan budak lelaki bernama Yogi Setiady ini untuk memeluk agama Islam. Setelah diselidik, alasan Yogi benar-benar membuat netizen terharu.
Lahir dalam keluarga non-Muslim, Yogi sebenarnya dididik dengan anutan keluarganya. Ibu bapa Yogi juga sentiasa mengajak dia ke rumah ibadah anutan mereka.
Tetapi, apa yang istimewanya, sejak dari mula pandai bercakap, Yogi kanak-kanak berasal dari Kecamatan Delta Pawan Ketapang ini, memang memiliki kebiasaan yang berbeza. Dia lebih tertarik kepada masjid.
Ketika baru mula belajar bercakap, apabila melihat masjid, Yogi kelihatan sangat gembira dan menyebut ‘Alaaba’ (Yogi bermaksud Allahu Akbar).
Eriyanti juga memberitahu bahawa, sejak kecil Yogi selalu menjauhkan dirinya dari anjing, malah tidak mahu menyentuh daging khinzir apabila dihidangkan.
Bukan setakat tertarik begitu sahaja, ternyata Yogi betul-betul serius memperdalami agama Islam.
Ketika baru didaftarkan di sekolah, Yogi meminta izin dari kawan-kawannya untuk solat. Setelah diizinkan, diapun mula membiasakan dirinya bersolat mengikut waktu.
Setiap hari Yogi akan menunaikan solatnya di surau berdekatan dengan rumahnya, dan pada waktu petang, dia mempelajari agama Islam.
Di sekolah juga, Yogi tidak mengikuti mata pelajaran agama ibu bapanya, tetapi memilih untuk belajar agama Islam.
Menurut Eriyanti, setiap hari Jumaat anaknya itu akan menghilang. Setelah diselidik, ternyata Yogi melaksanakan solat Jumaat dengan meminjam baju kawannya.
Pada awalnya, ibu bapa Yogi tidak merestui keputusan anak mereka ini, tetapi, setelah melihat kesungguhan Yogi, Eryanti dan suaminya akhirnya mengikhlaskan pilihan anak mereka sejak kecil.
Walaupun berasal dari keluarga non-Muslim, terbukti Yogi memang serius mendalami agama Islam. Ketika di rumah, Eriyanti seringkali melihat anaknya bersolat dengan menggunakan tuala sebagai sejadah.
Melihat kesungguhan itu, ibu bapa Yogi merasa tersentuh; dan baru-baru ini, ketika diminta untuk membaca beberapa ayat Al-Quran dan doa di hadapan wartawan, Yogi melakukannya dengan lancar tanpa membaca teks.
Setelah ditanya alasannya memeluk agama Islam, Yogi menjawab bahawa dia ingin masuk syurga. Sementara cita-citanya di masa depan adalah ingin menjadi seorang ustaz dan mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran serta mendalami agama Islam.
Akhirnya, pada 5 Oktober 2017, Yogi secara rasminya telah memeluk agama Islam. Dia telah dibawa sendiri oleh ibunya ke Kantor Urusan Agama (KUA) Kecamatan Delta Pawan.
Setelah memeluk agama Islam, ibu bapa Yogi berharap agar anak lelaki mereka itu menjadi anak yang baik dan mendalami agama Islam sepenuhnya.
Sejak berita ini tersebar, ramai yang memuji sikap ibu bapa Yogi yang menghormati keputusan anak lelaki mereka, walaupun baru berusia 8 tahun.
Kepercayaan memang satu urusan peribadi, dan tidak boleh dipaksa, walaupun oleh ibu bapa sendiri.
Mualaf
قُللِلَّذِينَكَفَرُواْإِنيَنتَهُواْ يُغَفَرْلَهُم مَّاقَدْ سَلَفَوَإِنْ يَعُودُواْفَقَدْمَضَتْسُنَّةُالأَوَّلِينِ
Artinya:
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: `Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu; dan jika mereka kembali lagi sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah (Allah terhadap) orang-orang terdahulu.” (QS. Al- Anfaal ayat 38)
Ayat Al- Qur’an di atas menunjukkan pada kita tentang keutamaan menjadi seorang mualaf. Apa itu mualaf? Berikut penjelasannya;
Pengertian Mualaf
Kata “mualaf” berasal dari bahasa arab yang artinya tunduk, pasrah, dan menyerah. Sedangkan untuk definisinya sendiri, mualaf memiliki beberapa pengertian, seperti :
Mualaf diartikan sebagai seseorang (non muslim) yang baru saja masuk islam.
Menurut syariah, mualaf diartikan sebagai seseorang yang hatinya telah dicondongkan pada islam. Atau dengan kata lain, mualaf merupakan seseorang yang hatinya telah diikat untuk mengokohkan mereka pada islam.
Menurut para ulama dari madzab Maliki, mualaf didefinisikan sebagai orang kafir yang diikat hatinya agar supaya masuk islam.
Bagi sebagian kalangan, memutuskan untuk menjadi seorang mualaf tentu merupakan sesuatu yang tidak mudah. Kebanyakan dari mereka mengalami pergulatan batin yang cukup panjang dan luar biasa.
Selain itu, mereka juga harus mempertimbangkan keputusan tersebut dengan matang, baik ketika ia berusaha menundukkan hatinya untuk dapat menerima serta meyakini keyakinan dan ajaran agama yang baru serta konsekuensi-konsekuensi lain atas pilihan tersebut, seperti kehilangan pekerjaan, dikucilkan oleh keluarga atau teman-teman, dan lain sebagainya.
Sumber : sweetnutella.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==