Lelaki Kongsi Pengalaman Seram Dan Ngeri Tidak Dapat Dilupakannya Sampai Bila-Bila. Dia pesan Jangan Lalu Jalan Ini Pada Malam Hari.




Setiap orang pasti ada pengalaman ngeri masing-masing, ada yang melibatkan kejadian kemalangan, ada juga yang melibatkan kejadian mistik, apa pun ia pasti akan tertanam dalam ingatannya sampai bila-bila.
Seorang lelaki bernama Azhar Yusof berkongsikan kisah menakutkan yang dilaluinya ketika melalui sebuah jalan di Selatan Tanah air, beliau berkongsikan kisah melalui kejadian mistik diganggu makhluk halus ketika melalui jalan berkenaan.
Jom kita baca perkongsian berliau yang dimuatnaik di laman Facebook Viral Media Johor.
Gambar Hiasan

JANGAN LALU JALAN INI
Kisah ni dah lama berlaku lbh kurang 3 tahun lalu. Sy pernah post kisah ni dahulu. Tetapi tak mengapalah sy nk kongsi cerita dgn sahabat group PJ.
Sy bercadang dah lama nk bwk ank2 bercuti di Tanjung Leman. Kebetulan pula biras saya tinggal di Felda Tenggaroh 2. Saya dan isteri sangat teruja untuk pergi ke sana. Macam la x de hari lain nk bertolak. Hari dah petag masa tu saya bertolak dari Segamat. Tiada persediaan langsung tuk bawa bekalan makan dan minum. Namun saya dan isteri serta 3 orang anak-anak pergi satu kereta. Tiada la saya periksa rapi kereta sebab baru seminggu lebih tukar minyak hitam dan servis. Petang itu kami berrtolak dan telah dimaklumkn kpd biras di Tenggaroh bahawa kami akn smp di sana mlm ini.
Dlm perjalanan tu hujan agak lebat bermula dari Caah hingga ke Air Hitam. Hujan mula reda sedikit setibanya di Kluang. Jam dah pun pukul 7 lbh dah Maghrib. Sempat singgah di satu Surau tuk Solat. Bila ank2 dah ngadu lapar maka kami sekeluarga pun singgah mkn di sebuah warung tepi jln. Ank2 suka mkn ayam, syndn isteri pula mkn ikan siakap 3 rasa. Berbaloi mon disitu sbb mmng sedap masakan dye…
Jam dah pun pukul 9 lbh mlm. Ank perempuan sy pula suruh singgah 7E tah mende perkakas dia nak beli. Saya kata jangan lama2 sbb hari dah lewat ni…
Sebenarnya ini la kali pertama pergi ke Tenggaroh memalam buta. Sebelum ni awal pagi bertolak. Dlm kete bkn ada apa2 senjata spt parang @ coloh. Yg ada cuma ‘ lampu picit ‘ jer…
Selepas Kahang sepatutnya belok kiri ikut Felda Nita ke Mersing…Itu la kesilapan yg sy lakukn. Sy lalu jln Hutan Jemaluang tepat jam 11 lbh mlm…Tiada kenderaan langsung yg kami jumpa selepas Kahang tadi…Sy pun jadi pelik kenapa tiada langsung kete lain yg lalu sini. Jln bnyk selekoh dan sempit. Di kawasan yg agak tinggi kabus putih menafikn penglihatan jauh…Isteri dn ank2 mula bising kenapa ayah lalu jln ni…? Takut la yah….
Sy menenangkn mereka…Jgn fikir yg bkn2…Kt sini pun ada org Asli tinggal…Cuba tengok kt hutan tu cahaya pelita rumah mereka…Kiri kanan jln boleh nmpk cahaya pelita…Terdengar kata2 sy tadi mereka lega sedikit…
Tetapi bkn sepanjang jln dpt lihat cahaya pelita rumah org2 asli…Seingat sy selepas dari 3 jambatan kecil itu la mula tiada apa2 cahaya pelita yg kelihatan…Nyata kami 5 beranak membelah kesunyian mlm di tengah2 belantara Jemaluang dgn tiadanya rangkaian Maxis dn Celcom…Tel tiada line dah…Masa itu sy bermohon muga Allah melindungi kami sekeluarga supaya selamat dari segala bahaya. Masa tu juga sy menyesal melalui jln yg menyeramkn ini…
Sy memasang rokok sbb dah rasa sikit mengantuk…Ank marah sbb sy kuat merokok…Td masa mkn tiga empat btg rokok sy hisap…
Kini sy melalui jln yg agak lurus dan boleh la laju sedikit…tambahan lg pokok2 pun jarang2 dn nmpk langit dn cahaya Bulan…Sy menenangkn isteri dn ank2 kejap lg kita sampai la ke jln besar…Tiada la sy lupa berpesan kpd ank2 dn isteri agar membaca dlm hati apa2 ayat suci yg boleh ingat terutama ayat Kursi…
Dlm pada sy berpesan itulah sy terlanggar sesuatu yg sy x nmpk langsung apakah bendanya…dentuman kuat membuatkn kereta berpusing dn terbabas…Kereta berhenti didlm semak tepi jln…ada lopak air lg…Nasib baik enjin kereta tak mati dan lampu masih berfungsi…Sy cuba undurkn kereta namun tak bergerak langsung…Bdk2 dah menangis takut…Isteri sy membebel x berenti…Sy rimas dn tak dpt berfikir dlm keadaan panik mcm ni…Tel tiada rangkaian dan tiada langsung kereta lain lalu lalang disitu…
Tetapi dgn tiba2 ramai org mengerumun di luar kereta sy yg masih terperosok dlm semak itu…Entah siapa dtg pun x tahu…Dari mana pun tak tahu…Sy sekeluarga tidaklah berani tuk keluar malah membuka cermin pun tidak samasekali…
Gambar Hiasan

Dlm kesamaran mlm itu hanya kami dpt lihat isyarat tangan dari org2 itu semua supaya sy tekan minyak tuk mengundurkn kereta…Mereka yg ada diluar tu lbh kurang 10 org klu x silap tolong menolak kereta hingga berjaya keluar semula dijlnraya…Sy menarik nafas pnjng…Ank2 tak henti2 menangis…cuma isteri sy yg masih terbeliak matanya memandang sy…Sy sergah isteri kenapa awk ni…? Ask buat sy seram la…Isteri sy tanya sy blk…Orang2 tu siapa…? Mana org2 tu tadi…?
Baru la sy sedar org yg ramai2 td telah lenyap tah kemana perginya….Tak sempat kami berterima kasih…Tak sempat kami kenal siapa mereka…
Dgn tak berfikir pnjng sy meneruskn perjlnan dgn x henti2 mengucap…Berpeluh2…dan isteri tak berkelip memandang sy…Alhamdulillah kami akhirnya sampai di Tenggaroh dkt pukul 2 pagi…Sy pesan kpd isteri dn ank2 supaya tidak berkata apa2 ttng hal tadi…Esok boleh la bercakap ttng itu…
Mlm itu sy x dpt tidur memikirkan kisah kami sekeluarga yg dibantu entah siapa di Hutan Jemaluang itu…Sy demam keesokannya…Isteri sy jd pendiam dan x lg membebel mcm biasa…Alhamdulillah ank2 tidak terjadi apa2 dan kami semua sihat walafiat hingga kini….
Itulah pengalaman hidup sy yg x mungkin dpt lupa smp bila2…Apa yg sy pelik ialah kereta tiada langsung kesan kemik @ pecah…Padahal sy terlanggar sesuatu yg besar yg sy langsung x nmpk mlm itu…
JANGAN LALU JLN JEMALUANG LEWAT MALAM…
Terima kasih
Azhar Yusof
*ini adalah cerita dari pihak netizen, kami tidak dapat pastikan kesahihannya.
Sumber : siakapkely.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==