Masih ingat kisah seorang gadis sunti bernama Lutifianah Ulfa yang baru berusia 12 tahun dinikahi oleh Pujiono Cahyo Widianto @ Syekh Puji berumur 43 tahun pada tahun 2008 dahulu? Kisah mereka sempat menghebohkan Indonesia sehingga tular ke negara kita.
Kini selepas 9 tahun menikah bagaimana perkembangan mereka? Sebelum itu mari kita imbas secara ringkas kisah pernikahan dan ranjau yang terpaksa dilalui oleh mereka hampir sedekad lalu.
Syekh Puji merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya dengan memiliki harta bernilai Rp70.6 billion (RM22 juta). Beliau mempunyai dua orang anak hasil dari perkahwinan pertama yang gagal. Kemudian beliau menikah lagi dengan Umi Hani Alhafid, tapi tidak dikurniakan anak walau sudah 9 tahun hidup bersama.
Atas alasan zuriat, dia bercadang untuk menikah seorang lagi. Selain itu, dia juga mahu isteri yang berkemampuan membantunya mengendalikan perniagaan.