Anda pasti terliur dengan roti sosej berkeju yang enak ini. Caranya ringkas tetapi sedap. Cubalah!

Anda pasti terliur dengan roti sosej berkeju yang enak ini. Caranya ringkas tetapi sedap. Cubalah!

Pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang pening kepala, tiada idea untuk membuat hidangan minum petang setiap hari. Bagi yang memiliki anak-anak yang masih kecil, mereka perlu menyediakan hidangan yang sesuai. Tidak terlalu pedas, manis dan paling penting berkhasiat. Roti sosej berkeju ini memang mudah disediakan dan tidak rugi jika anda mencubanya. Keluarga anda pasti menyukainya dan meminta anda membuatnya lagi selepas ini.
Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara membuat roti sosej berkeju ini. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
  • Roti kosong
  • Keju
  • Sosej keju (potong kecil-kecil)
  • Telur
Cara-cara membuatnya ialah:
1. Sediakan roti kosong dan letakkannya di atas landas cincang atau alaskan dengan dulang yang bersih.
2. Letakkan sekeping keju di atas roti tersebut dan kemudian susunkan sosej keju yang telah dipotong kecil-kecil tadi di atas keju tersebut.
3. Letakkan sekeping lagi keju di atas roti untuk menutup susunan sosej tadi.
4. Ambil sekeping roti lain dan celupkan di  dalam telur.


5. Goreng roti tersebut sehingga masak. Pastikan minyak yang digunakan tidak terlalu banyak supaya anda dapat mengawal kadar kolestrol dalam hidangan itu.
 
Angkat roti tersebut, potong mengikut selera anda dan kini hidangan tersebut sudah siap dan boleh dihidangkan untuk keluarga anda!

Sumber: erabaru.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==