Oleh itu beliau meminta bantuan beberapa orang untuk mencari calon yang sesuai. Hasil risikan mereka akhirnya bertemu Lutifianah dan melihat ‘kelayakannya’ melalui kad laporan sekolah.
Lutifianah yang baru berusia 12 tahun ketika itu dipanggil lalu disuruh menduduki ujian bertulis dan ternyata dia terpilih! Maka pada 8 Ogos 2008 Syekh Puji dan Lutifianah pun diijabkabulkan.
Walaupun pernikahan mereka sah di sisi agama, ia bercanggah dengan undang-undang sivil Indonesia. Syekh Puji sempat ditahan dalam jangka waktu yang tidak lama kerana terdapat beberapa ketidakjelasan terhadap undang-undang untuk mensabitkannya dengan hukuman yang lebih berat.
Perkembangan Terkini Selepas 9 Tahun Hidup Bersama
Khabarnya penampilan Syekh Puji jauh berubah berbanding 9 tahun lalu. Kalau dulu suka bermegah mempamerkan kekayaannya, kini kehidupannya dilihat lebih ringkas dan sederhana walaupun perusahaan kaligrafi bertinta emasnya masih menguntungkan dengan purata pendapatan Rp310 juta (RM100 ribu) sebulan.