''Teknik Perompak Pecah Masuk Rumah Dan Tips Elakkan Rumah Jadi Sasaran'', Wajib Baca Untuk Langkah Berjaga-Jaga



Kes pecah masuk rumah semakin banyak dilaporkan oleh media massa. Tentu sahaja kita bimbang rumah menjadi sasaran perompak kerana golongan ini sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang.

Masih ramai yang belum tahu sebenarnya perompak mempunyai teknik tertentu untuk memecah masuk rumah anda. Jangan ambil mudah, kerana perkara yang tidak dijangka seperti ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Bila anda tahu teknik yang digunakan oleh perompak, maka tips yang berguna boleh diaplikasikan untuk mengelakkan rumah anda menjadi sasaran.

Perkongsian oleh Taufiq Razif melalui laman sosial ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Penting dan bermanfaat untuk dikongsi bersama.

" Abang Nak Tahu Tak Cara Perompak Pecah Masuk Rumah? "

Kalau orang lain bagitahu teknik perompak pecah masuk rumah mungkin saya tak percaya tapi disebabkan yang bagitahu benda ni adalah adik saya sendiri yang memang kerjanya hampir tiap hari pasang CCTV memang saya terpaksa amik tahu dah la.

Dia bagitahu saya :

1. Target pertama pencuri dan perompak adalah himpunan koleksi senjata dan pistol kita sebab mereka taknak ada masalah bila mereka pecah masuk rumah. Mereka juga suka barang kemas, barang elektronik seperti telefon bimbit dan kad kredit.

2. Perompak dan pencuri ni semua biasanya tak pecahkan tingkap tapi mereka masuk melalui pintu ataupun tingkap yang tak berkunci.



3. Pertama kali geledah mereka akan geledah di bilik tidur utama. Lepas tu baru la mereka beralih ke dapur dan bilik-bilik yang lain. Mereka akan geledah habis walaupun kita sorokkan barang tu kat dalam sekecil kecil kotak sekalipun.


4. Waktu paling clear untuk mereka pecah masuk adalah pada pukul 12.30 tengahari sampai la pukul 2.30 petang. Sebelah malam pula biasanya pukul 12 pagi sampai la waktu subuh. Waktu ni mereka sangat aktif dan sukar dikesan sebab tu waktu kebanyakan kita dah tidur dah.

5. Kalau rumah yang ada anjing besar mereka akan sedikit takut tapi mereka akan teruskan je kalau ukuran anjingnya kecil.

6. Perompak ni juga ada je yang jenis masuk ikut pintu depan. Mereka akan ketuk pintu dulu sebelum merompak! Bila tuan rumah dah buka pintu mereka akan masuk dan ugut tuan rumah untuk diam dengan menggunakan parang atau pistol.

7. Fakta ni paling memeranjatkan saya. Rupanya lampu yang terpasang di dalam rumah tak membantutkan niat mereka pun. Mereka lagi suka kalau boleh nampak ruang dalaman rumah daripada luar! Aduh!


8. Rupanya bunyi TV ataupun Radio yang buat para perompak ni teragak agak nak pecah masuk rumah. Mereka taknak pecah masuk dalam keadaan pemilik rumah dalam keadaan jaga.

Tu la kenapa adik saya bagi 5 tips mahal ni untuk elak rumah kena pecah masuk :

1. Potong semak samun dan pokok yang membuatkan kawasan rumah kita jadi suram dan gelap. Pencuri suka duduk di kawasan 'black area' yang banyak semak samun dan pokok-pokok yang menutupi kawasan rumah.

2. Sila report pada pengawal keselamatan jika melihat ada penunggang motosikal yang tak dikenali sedang pusing-pusing taman dalam keadaan yang mencurigakan. Biasanya perompak dan pencuri ni akan 'mark' rumah mangsa sebelum beraksi.

3. Pasang radio atau TV kalau rasa tak sedap hati. Perompak dan pencuri akan lebih takut nak masuk rumah yang ada bunyian TV dan radio.

4. Letak kereta di dalam garaj. Ada je bunyi bunyian yang mencurigakan di luar rumah, tekan alarm penggera kereta secepatnya.

5. Pasang CCTV di tempat yang senang dilihat oleh pencuri. Mereka sebolehnya taknak direkod oleh CCTV sebab rakaman CCTV ni boleh jadi bahan bukti yang sangat kuat untuk menangkap mereka.

Sumber : siakapkeli.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==