The post Staf Hotel Kantoi Ajak Pelancong Buat Perkara Tidak Senonoh Selepas Wanita Minta Refundappeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.
Sejak akhir-akhir ini kerap pula kita dengar tentang kisah wanita yang mendapat gangguan seksual daripada golongan lelaki yang miang. Terbaru beberapa hari lalu, tular sebuah video berkenaan seorang staf hotel di Bali, Indonesia meminta seorang wanita melakukan perkara tidak senonoh dengannya di Facebook.
Menurut WORLD OF BUZZ, seorang pelancong dari New Zealand yang bernama Aneta Baker ini telah meminta refund kepada pihak hotel selepas dia telah dicaj berlebihan secara tidak sengaja. Namun apabila rakan-rakan Aneta meninggalkannya keseorangan, seorang pekerja hotel lelaki telah meminta Aneta untuk melakukan blowjob terhadapnya. Beraninyaaa!
Lelaki berkenaan tanpa rasa bersalah pula berjanji akan mengembalikan wang Aneta dengan menggunakan duitnya sendiri jikalau wanita itu mahu melakukan perbuatan tersebut dengannya. Terkejut dengan tindakan gila staf hotel itu, Aneta dengan pantas mengeluarkan telefonnya dan merakam perbualan mereka secara senyap-senyap.
Mangsa kemudian dengan sengaja meminta lelaki tersebut menjelaskan semula tindakannya dan memang benar staf tersebut ada menyebut perkataan ‘blowjob‘ kepada Aneta. Sila dengar di 0.09 saat betul-betul…
Menerusi video di atas, pekerja hotel tersebut kedengaran tidak fasih berbahasa Inggeris dan sedang berusaha untuk mencari ayat yang sesuai untuk bercakap dengan Aneta. Disebabkan hal tersebut, ada di kalangan netizen yang berpendapat suspek menyebut perkataan ‘voucher‘ dan bukannya ‘blowjob‘.
Seorang netizen dengan nama Ditta Triwidianti kemudian mempertahan tindakan pekerja hotel tersebut dengan mengatakan hal berkenaan merupakan satu salah faham.
“Ini bagaimana saya melihatnya – lelaki tersebut membuat kesalahan dalam menempah bilik di hotel tersebut, lalu dia mahu menyelesaikan masalah dengan ingin memberi voucher yang mana ia lebih mudah difahami dalam konteks perbualan ini.”
Kami sangat menyesal bahawa tetamu tersebut mengalaminya di hotel kami. Tentu saja kami tidak memaafkan perilaku seperti ini dari anggota staf kami. Anggota staf itu tidak lagi bekerja di hotel kami. Kes ini masih disiasat dan kami menawarkan sokongan penuh serta kerjasama kepada tetamu yang terbabit dengan kejadian ini.”
Turut dilaporkan, pekerja tersebut telah mengaku bersalah kepada pihak polis Indonesia kerana menyebut perkataan ‘blowjob’ yang mana menyalahi undang-undang anti-pornografi di negara itu.
Akhirnya kes terjawab juga siapa benar siapa salah. Nasib baiklah Aneta tidak menjadi mangsa cabul kepada lelaki yang miang seperti itu.
Sumber : lobakmerah.com