Pergaduhan boleh berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja termasuklah haiwan. Kira-kira bulan lalu, seorang netizen berjaya merakamkan pergaduhan antara dua ekor ayam.
Kejadian ini berlaku di Chaiyaphum, Thailand melibatkan dua ekor ayam jantan yang sedang membuat perhitungan. Punca pergaduhan tidak diketahui tetapi yang pastinya seorang penyelamat telah mencelah masuk bagi meredakan keadaan.
Itulah yang sepatutnya dilakukan. Sebaiknya perlu ada seseorang yang mampu menangani situasi ini daripada terus memburuk.
Jadi, apabila anjing ini cuba menenangkan kedua-dua ayam, nampaknya pertarungan tersebut tetap tidak berakhir malah masih diteruskan.
Oleh demikian, anjing comel ini terus bertindak menarik salah seekor ayam berkenaan agar menjauhi antara satu sama lain.
Tanpa mengalah, anjing ini terus berusaha memisahkan kedua-dua ayam sejauh mungkin walaupun ayam yang ditariknya tetap mahu berentap.
Lihatlah bagaimana anjing ini sedaya-upaya melakukan yang terbaik dalam usaha untuk menenangkan keadaan.
Anjing yang sangat baik! Dunia pasti akan menjadi lebih aman sekiranya kita semua mengikut tindakan anjing ini.
Lihat video berdurasi 30 saat yang menghiburkan ini.
Sumber: viralnova.com